Monday, 28 August 2017

Kepentingan Kolagen untuk tubuh kita.


Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan - Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. 
Ia mempertingkatkan penghasilan sel-Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan - Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. 
Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.
Memulihkan masalah kulit - Apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.
Mencantik dan menyuburkan rambut - Nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. 
Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah.
Menegangkan payudara - Kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara.  Kolagen merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.
Menguatkan tulang - Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. 
Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca daripada kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. 
Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.
Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi - Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.
Melambatkan proses penuaan kulit - Seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. 
Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.

Siapakah yang disarankan mengambil KOLAGEN?

Lelaki & wanita yang semakin meningkat usia (30an ke atas) - 
kerana kolagen dalam badan manusia mula berkurangan bermula seawal usia 30 tahun dan menjadi semakin kurang apabila mencecah 40 tahun.

Mereka yang mempunyai masalah parut atau melecur teruk akibat kebakaran - kerana kolagen mempunyai ciri untuk memperbaiki semula sel kulit.
Wanita yang telah mempunyai anak - 
stress sebenarnya menjadikan kulit kita kering dan mudah berkedut. Kolagen boleh membantu melembab & menganjalkan semula kulit.
Mereka yang mempunyai masalah untuk tidur lena - kolagen boleh membantu kita untuk tidur dengan lebih lena.
Mereka yang mudah jatuh sakit.

Monday, 7 October 2013

1001 khasiat Habbatus sauda

Nama saintifiknya Nigella Sativa (spesis ini digunakan untuk tujuan perubatan). Mempunyai biji yang bersaiz lebih besar dan kadar minyak yang lebih tinggi. Tidak semua spesis Habbatus Sauda’ mempunyai kesan perubatan yang sama. Dr. Peter Schleicher menyatakan bahawa Habbatus Sauda’ jenis Kara Siva adalah yang terbaik dari segi kesan penyembuhan dan untuk kesihatan. Ia biasanya ditanam di Syria dan Mesir.
Habbatus sauda’ adalah sejenis tumbuhan rerumput kecil yang berbunga secara tahunan. Boleh didapati di sekitar Mediterranean dan negara-negara Tenggara Asia. Ia juga ditanam secara meluas di Afrika Utara terutama Mesir, di selatan Eropah, di Syria dan sedikit di Asia Tengah seperti Iran dan India.

Nama-nama lain bagi Habbatus Sauda’:
Black Cummin, Black Seed, Caraway, Love-in-the-mist (English), Jintan Hitam (Malaysia dan Indonesia), Habbatul Barakah (Mesir), Schwarzkummel (German), kalonji (Hindi), Kezah (Hebrew), Charnushka (Russian), çörek otu (Turki), dan lain-lain lagi.

Salah satu dari kehebatan Habbatus Sauda’ ialah ia tumbuh di kawasan tanah yang kering dan kontang. Ia hanya memerlukan sedikit air untuk tumbuh. Tapi dari tanah yang kering inilah ALLAH Subhanahu wa Ta’ala menumbuhkan tumbuhan Habbatus Sauda’ yang sangat besar khasiat dan menfaatnya kepada manusia. Ia tumbuh dengan baik di tanah yang berpasir (sandy) atau yang sederhana kerasnya (loamy). Habbatus Sauda’ juga tidak boleh tumbuh dengan baik di bawah lindungan bayang-bayang ia mesti terdedah kepada matahari sepanjang masa.

Para alim ulama telah mengumpulkan kaedah perubatan berdasarkan al-Qur’an dan Hadith ini dalam kitab-kitab yang dipanggil al-Tibb al-Nabawiyah. Antara ulama yang menulis mengenai perubatan kenabian ini ialah Imam Jalaluddin al-Suyuti dan ‘allamah ibnu al-Qayyim.
Khasiat penawar dalam Habbatus Sauda’ telah disebut dalam banyak hadith sahih dan kitab himpunan hadith yang lain. Berdasarkan maksud-maksud hadith yang sahih ini, para alim-ulama telah memasukkan Habbatus Sauda ke dalam senarai Perubatan Kenabian. Ibnul Qayyim dilapurkan telah menyenaraikan 50 penyakit-penyakit yang boleh dirawat dengan Habbatus Sauda’.
Pada zaman Rasulullah S.A.W. para sahabat Nabi didapati telah menggunakannya sebagai ubat berbagai jenis penyakit. Ini sesuai dengan hadith yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Siti ‘Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda,

“Sesungguhnya HabbatusSauda’ ini adalah penawar segala penyakit, kecuali kematian”.
Berikut adalah senarai maksud hadith-hadith yang menyebut tentang Habbatus Sauda’:
Daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat penawar segala penyakit kecuali mati”.
Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadith-hadith sahih no.1819.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Hendaklah kamu menggunakan Habbatus Sauda’ karena sesungguhnya padanya terdapat penyembuhan bagi segala penyakit kecuali kematian”
( Hadith Riwayat Abu Salamah dari Abu Hurairah RA )
Hadith Bukhari meriwayatkan dari Aisyah RA bahwa ia pernah mendengar Nabi
bersabda: ” sungguh dalam Habbatus Sauda’ itu terdapat penyembuh segala penyakit, kecuali al-Sam, “saya bertanya apakah al-Sam itu? Baginda menjawab, kematian. ( Sahih Bukhari 5687 )
Dalam Hadith Muslim juga disebutkan: “Tidak ada satupun penyakit melainkan dalam Habbatus Sauda’ terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian.”
( Sahih Muslim 2215 )

Perubatan Kenabian mempunyai dalil-dalil samawi dan naqli. Ia bukanlah saranan berdasarkan kajian sains atau empirical studies. Walaupun begitu, telah dapat dibuktikan bahawa kaedah perubatan kenabian ini lebih efektif dan berkesan dari kaedah yang sedia ada dalam setiap zaman. Kemajuan dalam kajian sains juga telah membuktikan kebenaran dan kehebatan perubatan kenabian ini, khusus nya Habbatus Sauda’.
Dalam bab-bab seterusnya dalam buku ini, maklumat-maklumat saintifik mengenai bahan-bahan dalam Habbatus Sauda’, dan analisis kandungannya akan dibentangkan bagi menyokong kebenaran Hadith mengenai rahsia perubatan Habbatus Sauda’.

KANDUNGAN NIGELLA SATIVA

Kandungan Nutrisi Nigella Sativa selain membangunan sistem kekebalan tubuh sepanjang hari, juga menyediakan sumber yang optimal untuk menjaga kesehatan dan menyembuhkan penyakit.

Nigella Sativa kaya akan kandungan Nutrisi Monosakarida (molekul gula tunggal) dalam bentuk glukosa rhamnose, xylose dan arabinose yang dengan mudah dapat diserap oleh tubuh sebagai sumber energi, juga mengandung non-starch polisakarida yang berfungsi sebagai sumber serat yang sangat berguna untuk diet.

Lima belas asam amino pembentuk protein, delapan diantaranya asam amino esensial yang sangat diperlukan oleh tubuh, dimana tubuh tidak dapat mensistensisnya sendiri sehingga perlu asupan dari luar.

Kandungan Arginin didalamnya sangat penting untuk masa pertumbuhan, analisis kimia lanjutan menemukan bahwa ia mengangung Karotin, yang diubah menjadi Vitamin A oleh Liver.

Nigella Sativa juga sebagai sumber Kalsium, Zat Besi, Sodium dan Potassium yang berperan penting dalam membantu peran Enzim. Ia juga mengandung Asam Lemak, terutama Asam Lemak Esensial tak jenuh (Asam Linoleic dan Linolenic). Asam Lemak Esensial terdiri dari Asam Alfa-Linolenic (Omega-3) dan Asam Linoleic (Omega-6) sebagai pembentuk sel yang tidak dapat dibentuk sendiri dalam tubuh sehingga harus mendapat asupan atau makanan dari luar yang memiliki kandungan Asal Lemak Esensial yang tinggi.

Daftar dibawah ini menunjukkan komposisi biji dan minyak Nigella Sativa dengan kandungan aktif, nutrisi dan lainnya sbb :

KOMPOSISI NUTRISI BIJI NIGELLA SATIVA
Protein 21%
Karbohidrat 35%
Lemak 35-38%

KOMPOSISI MINYAK
ESENSIAL (1,4%) MINYAK NIGELLA SATIVA
Carvone 21,1%
Alfa-PInene 7,4%
Sabinene 5,5%
Beta-Pinene 7,7%
P-Cymene 46,8%
Ohters 11,5%

NUTRISI MINYAK NIGELLA SATIVA
Protein 208 ug/g
Thiamin 15 ug/g
Riboflavin 1 ug/g
Pyridoxine 5 ug/g
Niacin 57 ug/g
Folacin 610 IU/g
Calsium 1,859 mg/g
Iron 105 ug/g
Copper 18 ug/g
Zinc 60 ug/g
Phosphorus 5,265 mg/g

ASAM LEMAK MINYAK NIGELLA SATIVA
Myristic Asam (C14:0) 0,5%
Palmitic Asam (C16:0) 13,7%
Palmitoleic Asam (C16:1) 0,1%
Stearic Asam (C18:0) 2,6%
Oleic Asam (C18:1) 23,7%
Linoleic Asam (C18:2) (Omega-6) 57,9%
Linelenic Asam (C18:3n-3 (Omega-3) 0,2%
Arachidic Asam (C20:0) 1,3%

ASAM LEMAK JENUH DAN TAK JENUH MINYAK
NIGELLA SATIVA
Saturated Acid 18,1 %
Monounsaturated Acids 23,8 %
Polyunsaturated Acids 58,1 %

KANUN PERUBATAN IBN SINA
Ibnu Sina ( 980 – 1037 ), dengan karya terbesarnya Qanun fi Tibb (The Canon of
Medicine) yang paling terkenal dalam ilmu perubatan Timur & Barat  menyatakan Habbatus Sauda’ merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. Ibnu Sina bukan sahaja penyambung kaedah Perubatan Yunani yang dipelopori oleh Hippocates, malam dia telah berjasa dalam memperbaiki lagi kaedah ini.
Dalam Kanun Perubatan (The Canon of Medicine) Ibnu Sina (980-1037 Masihi)
mengatakan bahawa Habbatus Sauda’ adalah bijirin yang sangat merangsang tenaga badan dan sangat membantu dalam kelelahan kronik, kehilangan semangat serta memberikan kesan therapeutic pada gangguan pencernaan, penyakit puan, dan sistem pernafasan”.
Analisa demi analisa ke atas Habbatus Sauda’secara saintifik telah mengenalpasti lebih dari 100 bahan-bahan penyembuh. Hanya 63 telah dijalankan ujikaji dan selebihnya belum lagi dikenalpasti oleh penyelidik.
Oleh itu walaupun penyelidikan telah dijalankan, rahsia kehebatan Habbatus Sauda’ masih lagi banyak yang belum dibongkar sepenuhnya.

Mungkin di sinilah terletaknya rahsia perubatan Habbatus Sauda’, yang mengikut maksud hadith Nabi SAW: penawar bagi segala penyakit.

Antaranya:
Anti diabetic (kencing manis),
Anti tumour (barah),
Anti ulcer (luka, kudis dalam perut),
Cancer preventative (mencegah kanser),
Cardio protective (melindungi jantung),
Laxative (tindakan julap)
Glucose
Anti varicose (pembengkakan vena urat darah),
Memory enhancer (menguatkan ingatan)
Anti gastric.
Anti ADD (Attention Defisit Disorder masalah kurang `tumpuan biasanya kanak-kanak)
Anti parkinsonian,
Anti depressant (kemurungan)
Ia juga menolong dalam ingatan dan pembelajaran.
Phytosterols
Menghentikan pengambilan cholesterol dan memudahkan pengeluarannya dari dalam badan.
Menahan pembentukan tumor (barah ) dalam colon (usus besar), payudara dan kelanjar prostat.
Mengurangkan inflamasi (radang)
Potassium
Anti depressant,
Anti fatigue (kelesuan),
Anti hypertensive (mengurangkan tekana darah tinggi),
Anti spasmodic (kejangan).
Menggalakkan rambut dan kulit yang sihat.
Saponin
Laxative
Anti parasite
Anti mucous
Appetite stimulant (peransang selera),
Merendahkan tahap gula dalam darah,
Anti depressant,
Anti inflammatory dan Anti toxic.
Selenium
Serine
Adalah nutrien (bahan pemakanan) antioxidant yang utama.
Mengurangkan risiko kanser payudara, usus besar, paru-paru dan kelenjar prostat.
Ia menolong mengekalkan keanjalan tisu badan (tissues
Menolong dalam perawatan dan pencegehan kelemumur
Ia juga sebagai anti penuaan (anti-aging).
(elasticity).
(dandruff).
Cancer preventative (mencegah kanser)
Serine diperlukan untuk metabolisma lemak, pertumbuhan tisu dan sistem
pertahanan badan kerana ia antibodi.
Ia juga It is a bahan dalam protein otak dan selaput saraf.
Ia digunakan dalam kosmetik sebagai pelembap kulit.
Sodium
Sodium adalah salah satu electrolyte di dalam badan
Diperlukan untuk menghasilkan acid hydrochloric dalam perut untuk
mempertahankan badan dari jangkitan yang mungkin ada dalam makanan.
Stigmasterol
Anti hepatotoxic (keracunan kepada hati – liver),
menolong dalam penghasilan immunoglobulin dan Anti inflammatory,
Anti viral,
Cancer preventative (mencegah kanser),
Stimulant -Menambah aktiviti functional otak.
Bertindak sebagai peransang gastrik (gastric stimulant).
Tannin
Anti inflammatory,
Anti viral,
Cancer preventative (mencegah kanser),
Stimulant -Menambah aktiviti functional otak.
Bertindak sebagai peransang gastrik (gastric stimulant).
Anti tumor,
Anti bacterial,
Anti cancer (mencegah kanser)
Anti carcinogenic (bahan yang menyebabkan kanser)
Anti diarrhoic (cirit birit)
Anti dysenteric (sakit dalam perut- dan usus perut)
anti oxidant, (bahan yang mencegah/kurangkan kerosakan akibat proses oxidation)
Anti ulcer,
Anti viral
Threonine
Anti bacterial,
Anti streptococci.
Ia adalah essential amino acid dan tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.
Oleh itu mesti diambil dari sumber pemakanan. Ia diperlukan untuk mengekalkan  imbangan protein dalam badan.
Ia juga menolong dalam pembentukan collagen dan elastin dalam kulit.
Ia juga menolong dalam menghasilkan antibodi dan mengalakkan aktiviti dan pertumbuhan thymus.
Zat-zat pemakanan lain dapat lebih diserap jika threonine ada dalam badan.
Ia juga digunakan sebahagian dari rawatan kesihatan mental.
Thymoquinone (lihat bab 5)
Anti arthritic
Anti asthmatic
Anti bacterial,
Anti histamine
Anti oxidant (bahan yang mencegah/kurangkan kerosakan akibat proses oxidation)
Mengeluarkan cacing dan parasit dari dalam usus.
Tryptophan
Analgestic,
Anti anxiety (keresahan),
Anti dementia (nyanyuk),
Anti hypertensive (tekanan darah tinggi),
Anti parkinsonian,
Anti migraine (sakit kepala),
Anti insomniac (tidak boleh tidur),
Anti manic (tekanan jiwa),
Menstabilkan emosi,
Mengawal kesakitan dan peristalsis usus,
Menolong otak kanak-kanak dalam pembelajaran.
Tyrosine
Anti parkinsonian
cancer preventative (mencegah kanser)
Menolong mengurangkan lemak badan, fungsi thyroid, kelanjar pituitary dan adrenal.
Ia digunakan untuk mengurangkan stress dan menjadi lebih sedar (alert)
Menolong otak kanak-kanak dalam pembelajaran.
Vitamin A (lihat ff-carotene)
Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu badan. Menolong mengekalkan (beta carotene) kulit licin, lembut dan bebas dari penyakit.
Mengurangkan risiko kanser paru-paru.
Ia juga diperlukan untuk penglihatan malam, dan kulit sihat.
Ia juga membantu deria rasa (selera makan), sistem penghadaman.
Ia juga penting dalam pembentukan tulang, gigi, dan sinthesis protein dan glycogen.
Vitamin B1 (thiamine) Membantu menghadamkan dan metabolisma carbohydrate.
Sangat penting untuk fungsi normal sistem saraf, otot dan jantung.
Menggalakkan pertumbuhan dan tone otot yang baik, dan menstabilkan selera.
Vitamin B2 (Riboflavin)
Zinc
Memetabolisasikan carbohydrate, lemak dan protein.
Membantu dalam penghasilan (Riboflavin) anti bodi dan sel darah merah.
Menggalakkan kesihatan am yang diperlukan
Mengekalkan penglihatan yang baik, kulit, kuku dan rambut yang sihat.
Anti oxidant
perlu untuk synthesis protein dan penyembuhan luka
Mengekalkan imbangan akali badan.
Baik untuk sistem pertahanan badan disamping melawan masalah kulit seperti jerawat, bisul dan sakit tekak.
Ia juga diperlukan oleh tisu, kuku dan kulit sihat dan banyak lagi.

Sunday, 29 September 2013

Rawatan Akupunktur

Apa Itu Rawatan Akupunktur


Pengenalan Tentang Kaedah Rawatan Akupunktur China



AKUPUNTUR adalah sejenis perubatan yang menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus pada titik-titik tertentu badan yang dikenali sebagai ‘Acupuncture Point’. Rawatan jenis ini boleh dikatakan diguna oleh semua masyarakat kuno yang bertamadun awal seperti orang-orang Bunti Afrika, Arab Tigris, Mesir Kuno, India dan China. Dikalangan ahli-ahli perubatan, mereka memberi penghurmatan kepada China, kerana pengamalan jenis ini banyak diamalkan oleh rakyat jelata sejak 4000 tahun yang silam sampai kehari ini.



Sejarah juga membtuktikan bahawa bangsa China merupakan suku bangsa pertama didunia yang mencatit sejarah tentang Perubatan Akupuntur dengan lengkap dan tersusun yang ditulis oleh Maharaja China yang dinamakan sebagai ‘ Huang Ti The Yellow Emperor Canon of Medicine’ yang dikarang pada tahun 2000 sebelum Masehi (Terjemahan buku ini ada dalam simpanan Prof Dr Nik Omar yang didapatinya dari Beijing, China)



Pada zaman kuno orang-orang China menggunakan batu-batu tajam, kayu, buluh dan lain-lain sebagai asas perawatan untuk menekan atau menusuk dibahagian tertentu badan. Dizaman moden ini, alat-alat tersebut telah diganti dengan menggunakan jarum-jarum halus yang telah tersedia sucihama atau sterile, yang diperbuat daripada berbagai logam seperti ‘Jarum Silver, Copper dan Jarum Emas’

Diantara banyak jarum, Jarum Emas adalah yang termahal dan dikira sebagai jarum yang dapat mengeluarkan tenaga ‘qi’ yang 100 kali ganda kekuatan dari jarum silver. ( Jaum Emas ada dalam simpan Prof Dr Nik Omar yang didapatinya dari Negeri China )



Pada jarum-jarum ini sudah tersedia ada magnetik yang kita namakan sebagai kuasa ubat pada jarum tersebut. Sebab itulah bila ditusuk kesuatu titik khas dibadan, jarum-jarum tersebut akan mengeluarkan rasa seperti berdenyut-denyut, kebas, berat atau bengkak. Semua rasa-rasa ini yang dikenali sebagai ‘Deqi’ mengeluarkan arus letrik melalui apa yang dinamakan sebagai koleteral, channel atau meridian, yang kesmuanya bisa mengeluarkan kuasa qi yang secukupnya untuk melega atau menyembuhkan sesuatu penyakit.


Apakah bentuk akupunktur China



Dalam akupuntur ada berbagai teknik antaranya ialah:-



i) Akupuntur Klassik ( Menggunakan Jarum-Jarum Halus )

ii) Akupuntur Eletrik ( Menggunakan Stimulaor Letrik Voltage Rendah )

iii) Akupuntur Elektronik ( Mengggunakan alat-alat elektronik kecil )

iv) Akupuntur Bekam Darah ( Acu-Bekam Mengeluarkan Darah Kotor )

v) Akupuntur Bekam Angin ( Acu-Bekam Sedut Angin Keluar Dari Badan)

vi) Akupuntur Mosibusi ( Akupuntur menghangatkan pada titik tertentu)

vii) Akupuntur Kepala ( Scalp Acupuncture )

viii) Akupuntur Telinga ( Auricular Acupuncture )

ix) Akupuntur Mata ( Eye Acupuncture / Iridology )

x) Akupuntur Kaki ( Foot Acupuncture / Reflexology )

xi) Akupuntur Urut ( Acupressure / Shiatu / Massage, Reiki )

xii) Akupuntur Homeopati ( Integrated Homeopathic & Acupuncture - Homeopuncture ), dll



Apakah tusukan jarum akupunktur menyakitkan



Kebiasaannya tusukan jarum akupuntur dimana-mana bahagian badan tidak mendatangkan apa-apa kesakitan kerana jarum-jarum yang digunakan adalah terlalu halus, lembut dan tajam. Jarum tersebut diletakkan dibahagian lapisan atas kulit sahaja diantara 1 ‘cun’ hingga 2 ‘cun’ atau 0.5cm hingga 1 cm sahaja. Kalau pun sakit, ianya bagai digigit semut pada tusukan pertama sahaja.


Apakah jarum akupunktur bahaya

Jarum akupuntur moden telah datang dalam keadaan siap dalam packing yang telah disuci-hama atau sterile. Setiap pengamal akupuntur sudah pasti pegang jarum tersebut terlebih dahulu sebelum menusujkan kepada badan pesakit. Oleh itu jika ada bakteria atau hama tentu doktor dahulu yang dijangkitinya . Hal ini sama sekali tidak diingini oleh setiap doktor.

Anda tidak perlu khuatir setiap jarum akupuntur adalah bersih dan selamat.



Apakah jarum akupunktur merebak Aids



Belum pernah ada sejarah bahawa AIDS merenbak melalui jarum akupuntur.

AIDS hanya merebak melalui jarum yang tidak bersih, yang diguna pakai oleh penagih dadah, mereka bergilir-gilir menggunakan jarum yang sama dan menyuntik lebih dari berpuloh-puloh kali jarum yang sama, tanpa bersih, tanpa rebus atau tanpa di masukkan kedalam autoclave.



Apakah beza antara jarum akupunktur dengan jarum biasa



Jarum biasa mempunyai ukuran badan yang besar dan keras. Didalammnya berongga untuk mengalirkan ubat-ubat sewaktu melakukan sesuatu suntikan. Suntikan dengan jarum-jarum ini mendatangkan kesakitan 80 - 90 %

Sementara Jarum Akupuntur, halus sebesar rambut yang diperbuat daripada logam khas bermagnet, tidak ada lubang, tidak berkarat dan tidak boleh patah. Sakit pada suntikan jarum akupuntur hanya 5 % sahaja.

Bagi orang-orang yang takut pada jarum atau orang-orang sensitif, kesakitan boleh mencapai 20 % Boleh dikatakan 80 % pesakit menyatakan tidak mengalami apa-apa kesakitan.



Apa yang dapat disembuhkan oleh perubatan akupunktur.



Sebenarnya banyak penyakit dapat dimanafatkan oleh pesakit melalui rawatan akupuntur. Badan Kesihatan Dunia, WHO telah menggariskan penyakit-penyakit yang disenaraikan disini adalah baik untuk rawatan akupuntur :


Sistem Pernafasan Gangguan Mata

Resdung / Sinusitis Sakit Mata Awal / conjunctivitis

Selsema / Rhinitis Radangan Retina / retinitis

Selsema Berair Myopia Pada kanak-Kanak

Tonsilitis Katarat


Gangguan Pencernaan Gangguan Mulut

Spasm pada esophagus Sakit Gigi

Tersedu / hiccough Sakit Gusi

Gastroptosis Sakit Halkum

Gastrik

Duodenal Ulcer, Colitis Sistem Pernafasan

Sembelit, Cirit Birit Batuk Bronkitis

Paralysis Usus Asma Bronkial



Neurological and Musculo-Skeletal Disorder

( Rawatan Yang Dianggap Terbaik Pada Akupuntur )



Sakit Kepala dan Migrin

Sakit Urat Saraf Muka atau kepala

Lumpuh Sebelah Muka / Bell Palsy

Kesan dari Strok / Lumpuh

Penyakit Meniere’s

Masalah Kencing Kerap atau Tidak boleh kencing

Frozen Shoulder atau Tennis Elbow

Sakit Belikat / Sakit Bahagian pinggang

Sakit Kerangka Punggong

Sakit Sendi Tulang

Beberapa Titik Akupuntur Dalam Tubuh

Salah satu contoh titik akupuntur yang paling sering diterapi adalah titik di antara ibu jari dan telunjuk, di sisi belakang tangan. Titik ini adalah meridian usus besar yang bisa berpengaruh di area tangan hingga wajah. Terapi pada titik ini akan membantu mengatasi sembelit dan penyakit pada usus lainnya. Selain itu, terapi di titik ini juga bisa membantu mengurangi rasa sakit, rasa seperti terbakar, dan juga demam terutama di area tenggorokan hingga kepala.
Selain itu, apabila Anda punya keluhan tekanan darah tinggi, pilek, flu, sakit kepala, leher, dan demam, terapis akupuntur akan menerapi titik meridian kandung empedu hingga dasar tengkorak kepala. Mungkin Anda juga perlu mengenal titik akupuntur yang mudah dijangkau sehingga Anda bisa mengobati diri sendiri dengan memperlancar aliran energinya dengan menggunakan tangan sebagai alat (atau sering disebut akupresur).










Dimana boleh hubungi kami
Health/Medical/Pharmacy
Jalan KF 2,Kota Fesyen,MITC, 75450 Melaka06-231 6691/010-2836008 



Panduan Penjagaan Kulit Wajah


Membersihkan
Menyegarkan, melembutkan 
Meningkatkan proses metabolisme
Memperbaiki dan mengencangkan otot wajah yang kendur.
Terapi atas kelainan jenis kulit
Mencegah dan menunda penuaan.

Meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur merupakan amalan pengekalan kejelitaan yang paling mudah, tetapi paling mujarab. Di bawah adalah 'penambahan' kepada amalan meminum air suam yang mesti kita amalkan setiap pagi untuk kelihatan awet muda sepanjang usia kita. Bagi saya, biarlah usia kita tua, namun wajah kita tidak perlu menunjukkannya.

Letakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Bagi umat Islam, berselawatlah 3 kali sebelum mengambil minuman ini. Perlu diingatkan untuk meminum air suam ini sebelum mengambil apa-apa sarapan.

Dalam pengamatan saya sendiri, amalan ini telah terbukti berkesan kerana semua 'wanita cantik' yang saya pernah kenal menurunkan petua ini kepada saya apabila saya bertanya 'rahsia' wajah mereka yang tegang dan sentiasa kelihatan ceria.

Tiada masa untuk bersolek tetapi masih mahu kelihatan cantik? Boleh saja. Ikuti panduan penjagaan kulit wajah dan pemakanan khas untuk kulit.
Terlalu sibuk hingga tidak sempat untuk bersolek? Jangan bimbang kerana wajah kita masih boleh kelihatan cantik tanpa solekan. Rahsianya? Amalkan penjagaan kulit muka yang baik dan jangan lupa makan makanan khas untuk kulit muka sihat.

Panduan penjagaan kulit muka
Cuci muka sekali sehari
Bagi kulit muka biasa, cuci muka sekali pada waktu petang dengan pencuci. Urut kulit muka perlahan-lahan ketika mencuci dan berikan masa untuk pencuci membersihkan kekotoran dan habuk pada kulit. Pada waktu pagi, cuci muka dengan air tanpa pencuci. Untuk kulit berminyak, gunakan pencuci muka lembut pagi dan petang.

Pilihan pencuci
Pilih pencuci yang lembut pada kulit. Pilihlah pencuci yang mengandungi surfaktan daripada tumbuh-tumbuhan seperti coco- untuk kelapa dan gluco- untuk gula daripada buah-buahan.

Pelindung matahari
Pelindung matahari (sekurang-kurangnya SPF 30) penting untuk kulit. Namun amalan yang baik ialah memperbaharui lapisan pelindung selepas beberapa jam kerana bahan pelindung matahari hanya bertahan selama 2 jam.

Tinggalkan toner
Toner asalnya dicipta untuk mengekalkan pH semulajadi kulit selepas dicuci dengan sabun biasa. Jika kita telah menggunakan pencuci muka dengan pH seimbang, tidak perlu menggunakan toner. Ia akan hanya mengeringkan kulit.

Pencuci dengan pH seimbang
Pencuci yang dengan pH seimbang akan menanggalkan sebum dan solekan dengan lembut tanpa menanggalkan minyak semulajadi pada wajah. Pastikan ‘pH-balanced’ pada pencuci yang mengandungi glycolic atau asid laktik dan pada exfoliator. Jika pH terlalu rendah, ia akan mengeringkan kulit.

Tanpa pewangi
Wangian adalah penyebab yang biasa bagi reaksi terhadap alahan berkaitan kulit. Jika kulit muka kita sensitif, pastikan memilih pencuci atau produk tanpa pewangi. Produk yang berlabel ‘tanpa pewangi’ biasanya mengandungi pewangi minima sekadar mengatasi bau bahan aktif pada produk.

Pelembab pelbagai guna
Krim pelembab yang bagus melakukan dua perkara penting – melembab dan melindung. Pilih pelembab berasaskan tumbuhan dan anti-oksida serta pelindung matahari yang tidak menyebabkan iritasi. Minyak semulajadi dan asid lemak menyerap ke dalam kulit dengan lebih baik berbanding emolien buatan manusia seperti petroleum.

Senaman
Dengan meningkatkan kadar denyutan jantung sekali sehari membuatkan kulit kita berseri. Senaman memperbaiki peredaran dan kapasiti oksigen dan ini memperbaik rupa wajah. Kehadiran reseptor endorfin pada kulit menjelaskan bagaimana senaman memberikan impak positif pada kulit.

Tidur yang cukup
Kortisol, sejenis hormon tekanan, mebuatkan kulit menjadi tua dan menyebabkan akne. Tidur yang cukup mengurangkan kadar kortisol dalam badan. Jadi secukupnya untuk kulit lebih muda dan sihat.
RELATED: Do you think you’re beautiful?

Makan untuk kulit sihat
Air kosong
Minum air kosong sebanyak yang boleh untuk mengekalkan lembapan pada kulit dari dalam.

Ikan salmon
Omega-3 pada ikan salmon membantu melembabkan kulit dari dalam dan mengurangkan keradangan yang menyebabkan kulit kemerah-merahan.

Salad dan lobak merah
Vitamin A pada daun salad dan lobak merah berfungsi meremajakan kulit dengan meningkatkan pergantian sel serta menghalang sel-sel kanser. Kandungan kalium dalam salad pula menambah zat dan meningkat penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.

Tomato, keledek dan stawberi
Likopen dalam tomato melindungi kulit terhadap pancaran matahari dan ia menjadikan kulit lebih banyak kolagen. Vitamin C dalam keledek dan stawberi juga dapat membantu meningkatkan pengeluaran serat kolagen yang membantu kelembutan dan keanjalan kulit.

Produk soya
Soya kaya dengan isoflavon soya yang dikenali sebagai aglikon yang membantu mengelakkan kedutan halus dan ketegangan pada kulit.

Bayam dan badam
Bayam kaya dengan protein, lemak, karbohidrat, kalium, zat besi, amarantin, rutin, purin dan Vitamin A, B dan C. Kandungan-kandungan ini dapat mengurangkan kulit berkerut dan berkedut. Vitamin E dalam badan pula berfungsi sebagai anti-oksida dan ini membantu kulit menjadi kuat dan sihat.

Dark chocolate
Pilihan coklat ini mengekalkan kandungan anti-oksidan flavonol tinggi dalam koko dan ini membantu melindungi kulit daripada kerosakan sinar UV, melawan radikal bebas, meningkatkan edaran darah dan memperbaiki kelembapan dan ketebalan kulit. Ia juga merendahkan hormon tekanan lalu mengelakkan leraian kolagen pada kulit dan mengurangkan kedutan.


"Sabun Vitamin AJAIB MZ Secret Soap!"

Ia adalah sabun pencuci wajah dan badan yang dengan formulasi khas untuk mengatasi semua masalah utama kulit rakyat Malaysia sepantas 3 hari saja!

Antara Masalah yang dapat diatasi..

✔ JERAWAT / JERAGAT/ PIGMENTASI
✔ PARUT
✔ STRETCHMARKS
✔ BLACKHEAD / WHITEHEAD
✔ KULIT WAJAH BERMINYAK
✔ KULIT BERKEDUT
✔ KULIT YANG KUSAM / GELAP TERMASUK DI BAHAGIAN BADAN
✔ TONA KULIT TIDAK SEKATA
✔ KESAN HITAM DI BAHAGIAN KETIAK DAN PEHA
✔ KULIT TAMPAK KASAR.
Tips Penjagaan Kulit Muka Berjerawat & Cara Penjagaan Kulit Muka Berminyak bagi lelaki dan perempuan yang ada kulit sensitif dengan cara yang betul.  

Tips Penjagaan Kulit Muka Berjerawat  

Basuh muka paling kurang 2 kali sehari dengan sabun yang betul. 
Jangan basuh muka dengan menggunakan sabun badan kerana tahap kealkaliannya adalah berbeza.
Seeloknya, gunakan sabun muka jenis pengawalan minyak contohnya, Vaseline (Oil Control).
Elakkan makanan yang berminyak seperti daging burger segera. 
Elakkan makanan laut seperti sotong, ketam, udang dan sebagainya KECUALI ikan. (Terpulang kepada kulit individu contohnya, saya boleh makan kerang.)
Elakkan makanan seperti kacang tanah. (Bagi saya, saya tidak boleh makan kacang tanah, tetapi saya boleh makan kacang kuda, almond, gajus dan lain-lain. Ia terpulang kepada kulit individu.)
Elakkan daripada mengguna tuala badan untuk mengelap muka selepas mandi kerana kulit yang sensitif adalah sangat sensitif dengan kekotoran.  
Gunakan tuala kecil yang lain atau tisu. 
Mengamalkan 2 biji sehari Vitamin C Organik 500mg. Ia sangat-sangat membantu masalah kulit muka berjerawat, berminyak dan resdung. 

DIJAMIN 500% BERKESAN!
BERMINAT SMS/CALL-0102836008



Tuesday, 24 September 2013

Advance Slim

"BERIBU DAH DUIT HABIS!! 1GRAM PN X TURUN!!! TAPI DENGAN ADVANCE SLIM BERKILO KILO TURUN!!! "
 Advance Slim - Produk kurus paling laris masakini!
 Mudah Cepat dan Berkesan TANPA DIET KETAT!
 6 KILO HANYA DALAM 4 HARI SAHAJA. Dapatkan sekarang untuk bentuk badan yang  menawan di hari raya nanti!!
"REPEAT ORDER" MACAM HUJAN .. katanya produk mmg berkesan




Panduan Advance Slim

Minum ADVANCE SLIM sehari sekali sebelum sarapan, jika hendak ambil dua (2) kali sehari, ambil sebelum sarapan dan 15-30 minit sebelum bersenam. Bancuh ADVANCE SLIM bersama-sama setengah gelas (200ml) air masak pada suhu sederhana dan minum serta merta, pastikan minum air masak 4 litre sehari sepanjang hari untuk memaksimumkan proses pembakaran lemak.

Soalan Lazim :

Q: Bila boleh lihat kesan penggunaan ADVANCE SLIM ini?

A: Kesan penurunan berat badan berbeza mengikut individu. Kebanyakkan pengguna mengalami penurunan 3kg-9kg berat selepas pengambilan produk untuk hanya 1-3 minggu. Untuk hasil yang maksimum, kami syorkan bahawa anda terus mengambil ADVANCE SLIM untuk 5-6 bulan bersama-sama panduan yang kami sertakan.


Q: Adakah dengan bersenam, berat badan akan lebih cepat turun?

A: YA! Sudah tentu, sedikit senaman boleh membantu anda untuk mencapai matlamat anda dengan lebih cepat.

Q: Adakah ADVANCE SLIM selamat?

A: ADVANCE SLIM mendapat Kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM), dihasilkan di bawah garis panduan pembuatan yang ketat oleh Amalan Perkilangan Baik (GMP) kilang yang menggunakan terbaru state-of-the-art teknologi. Oleh itu, ia benar-benar selamat untuk kegunaan manusia.

Q: Siapakah yang sesuai mengambil ADVANCE SLIM 

A: Mereka yang mempunyai masalah berat badan , (LELAKI & WANITA) dan berumur 16 tahun keatas.

Q: Siapakah yang TIDAK sesuai mengambil ADVANCE SLIM 

A: Pesakit jantung dan darah tinggi yang kronik.

Q: Berapa lama perlu saya mengambil ADVANCE SLIM? 

A: ADVANCE SLIM 100% semulajadi dan anda boleh mengambil ia selagi anda mahu. Walaupun selepas mencapai berat badan anda kehendaki, anda boleh terus mengambil untuk membantu mengekalkan berat badan anda atau untuk membantu mengawal metabolisme anda.

Q: Setelah saya mencapai berat badan ideal saya, jika saya berhenti menggunakan ADVANCE SLIM, adakah berat badan saya akan menaik dengan mendadak?

A: Ia tidak akan kembali kepada keadaan sebelumnya . Ia mungkin akan kekal lebih baik daripada sebelum ini jika anda mengekalkan gaya hidup biasa anda dan tabiat makan yang sihat.

Q: Bagaimanakah cara penggunaan ADVANCE SLIM?

A: Minum ADVANCE SLIM sehari sekali sebelum sarapan, jika hendak ambil dua (2) kali sehari, ambil sebelum sarapan dan 15-30 minit sebelum bersenam. Bancuh ADVANCE SLIM bersama-sama setengah gelas (200ml) air masak pada suhu sederhana dan minum serta merta, pastikan minum air masak 4 litre sehari sepanjang hari untuk memaksimumkan proses pembakaran lemak.

Q: Bolehkah saya ambil lebih untuk kesan lebih pantas?

A: YA! anda boleh mengambil dua (2) sachett sehari jika anda mahu, seeloknya pada hari anda ingin bersenam/workout. Ambil satu sachet sebelum sarapan dan satu sebelum senaman. Jangan melebihi dua (2) sachet sehari.

Q: Adakah ADVANCE SLIM akan meninggalkan kesan negative pada buah pinggang saya?

A: ADVANCE SLIM selamat dan mendapat kelulusan kementerian kesihatan Malaysia, Tiada bahan-bahan yang digunakan dalam ADVANCE SLIM telah dilaporkan meninggalkan kesan negative kepada buah pinggang.

Q:Adakah ADVANCE SLIM akan menghilangkan lemak pada perut?

A: Kesan ADVANCE SLIM tidak akan terhad kepada perut, tetapi ia akan menghilangkan lemak seluruh badan anda terutama bahagian yang mempunyai banyak lemak.

Q:Adakah ADVANCE SLIM akan membuat kulit saya kering?

A: Tidak,. Herba yang digunakan dalam ADVANCE SLIM adalah hypoallergenic. Sehingga kini, tidak ada kes yang diketahui orang-orang yang mendapat reaksi alahan dari menggunakan ADVANCE SLIM.

Q: Dari manakah produk ini berasal:

A: Produk ini buatan Malaysia ,melalui kajian klinikal , formula dan kandungan yang selamat dan HALAL.

Q: Adakah saya perlu ambil banyak air putih?

A: Tidak, hanya minum sekitar 8-10 gelas air sehari sebagai banyak pakar-pakar kesihatan syorkan. Walau bagaimanapun, meminum air tambahan boleh membantu untuk membuang toksin dari badan.

Q: Bolehkah saya ambil makanan yang saya mahukan semasa saya mengambil ADVANCE SLIM?

A: Ketika Mengambil ADVANCE SLIM tidak bermakna anda perlu makan lebih atau makan tidak sihat. Anda masih boleh makan makanan kegemaran anda, tetapi secara sederhana. Cuba dan makan yang baik, pemakanan yang seimbang tiga hidangan setiap hari dengan bahagian-bahagian yang waras, mengelakkan banyak makanan berkalori tinggi, dan juga meningkatkan aktiviti fizikal anda

1 Kawal Pemakanan Anda 
Pastikan anda berhenti sebelum anda rasa kenyang atau terlalu kenyang. Tahukah anda, setiap lebihan makanan/ kalori yang anda makan akan bertukar menjadi LEMAK jika ia tidak dibakar melalui aktiviti harian anda. 

Fakta: Setiap lebihan 8000 unit kalori dalam badan, berat badan anda akan naik 1KG!

2. Kurangkan Karbohidrat, Lebihkan Protein
Untuk pengetahuan anda, pengambilan karbohidrat dalam kuantiti yang banyak akan menggemukkan badan anda. Malah karbohidrat hanya memberikan kesan kekenyangan yang sementara (2 jam sahaja) dan kemudian anda akan berasa lapar semula.

Protein pula lebih cepat mengenyangkan serta rasa kenyang itu bertahan lebih lama. Jika anda kurangkan karbohidrat (ambil portion kecil sahaja), badan anda akan membakar lemak anda sebagai sumber alternatif bagi membekalkan tenaga kepada anda setiap hari. Oleh itu, badan anda akan kurus dan langsing!

3. Jangan Berlapar! (Jaga Waktu Makan Anda)
Jangan lupa mengambil sarapan kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisma badan anda. Jadi kadar pembakaran lemak anda juga bertambah cepat!

Makan setiap 2 jam dan selangkan dengan snek ringan supaya anda tidak berasa terlalu lapar.
Kadar metabolisma badan anda telah menurun selepas 7.00 malam. Setiap makanan yang diambil selepas itu akan dicerna dengan perlahan dan menyebabkan kegemukan. Jadi, pastikan anda berdiet TANPA berlapar. 
Bagaimana? Klik di sini

4. Elakkan/ Kurangkan Minuman Bergula dan Berkafein
Contoh air bergula adalah air berkarbonat. Kandungan gula dalam air gas ini adalah sangat tinggi iaitu 7-8 sudu gula bagi setiap hidangan!

Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan masalah kegemukan serta akan mendatangkan penyakit serius seperti kencing manis.

Manakala kafein pula bukan sahaja menyebabkan kadar metabolisma badan menurun (kesannya gemuklah!), malah juga boleh menyingkirkan nutrien seperti vitamin daripada badan anda.

5. Minum Air Kosong 8 Gelas Sehari
Air kosong adalah sangat bagus untuk badan anda kerana hampir keseluruhan badan mengandungi air. Maka, amalkan minum air kosong sebanyak 8 gelas (2-3 liter) setiap hari.

Selain itu, air yang mencukupi dapat menyingkirkan bahan perkumuhan yang tak diperlukan oleh badan anda. Lemak yang telah diuraikan juga disingkirkan melalui air kencing dan perpeluhan. 

6. Lakukan Aktiviti Fizikal/ Senaman Ringan
Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal yang ringan (30 minit) setiap hari untuk bakar kalori yang berlebihan dalam badan anda.

Cara yang paling mudah: Anda tahan nafas dalam-dalam (pada bahagian perut) selama yang mungkin, kemudian lepaskan semula. Lakukan sekurang-kurangnya 7 X sehari. Aktiviti ini akan bantu mengempiskan perut anda.

Selain itu, apalah salahnya jika sekali- sekala anda menggunakan tangga jika office/ rumah anda tidak terlalu tinggi. Malah, anda juga boleh amalkan aktiviti ini di shopping mall. Sambil shopping, sambil kurus!

7. Positifkan Diri Anda
Akhir sekali, anda buatkan satu target yang ingin anda capai seperti berapa berat yang ingin anda capai dalam jangka masa tertentu. Kemudian, disiplinkan diri anda untuk mengikut perancangan yang telah dibuat.

Timbang berat badan anda maksimum sekali sahaja dalam seminggu. Ini untuk mengelakkan anda kecewa jika tiada penurunan berlaku. Ialah, anda takkan nampak kesannya dalam sehari!

Jika anda positifkan diri, anda akan menghasilkan result yang positif!


RESEPI JUS PEMBAKAR LEMAK

1 BIJI EPAL HIJAU
½ BIJI TIMUN
1 TANGKAI CELERY 
KISAR KESEMUANYA BERSAMA KULITNYA DAN MINUM

KHASIAT:

Membakar lemak dan melangsingkan badan
Mengenyangkan
Khasiat nutrisi & fiber yg tinggi
Menurunkan tahap kolestrol
Mengurangkan risiko kanser

Boleh di amalkan sebagai minuman nutrisi waktu rehat/break jam 10 am…pasti kenyang sementara menunggu makan tenghari anda..

Nak Beli Dengan Harga Murah.??

Berminat call/sms/pm-0102836008

Monday, 23 September 2013

Petua Pelembab Semulajadi


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.

Seperti yang kita semua sedia maklum, pelembab wajah sangat penting dalam penjagaan wajah seharian kita. Namun begitu, kepada beberapa individu, mendapatkan pelembab yang sesuai adalah sangat sukar. Seperti kes saya, dah berapa banyak krim pelembab saya beli dan cuba, namun tiada satupun yang rasanya sesuai dengan saya. Ada yang terlalu berminyak, terlalu kering, menyebabkan jerawat tumbuh dengan banyak dan pelbagai masalah lain, sehingga akhirnya saya rasa malas untuk mengenakan sebarang jenis pelembab.

Namun sejak akhir-akhir ini, saya telah berjaya menemui satu petua semulajadi yang menjadikan kobis serta madu asli sebagai ramuannya. Saya telah 2 hari menggunakan petua ini, dan insyaallah nampaknya petua pelembab wajah semulajadi ini berkesan terhadap kulit wajah saya.

Berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara menggunakan pelembab semulajadi ini :

Bahan-bahan :

1) Kobis yang dikisar dengan pengisar dan ditapis serta diambil airnya sahaja
2) Madu lebah (jangan terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan kulit wajah mengelupas jika       anda mempunyai kulit sensitif seperti saya)

Caranya :

Kobis yang telah dikisar dan diambil airnya tadi akan dicampur dengan madu lebah. Kacau sehingga sebati, kemudian basuh muka dengan ramuan ini. Biarkan ia kering diwajah selama lebih kurang 5-10 minit sebelum dicuci dengan air suam-suam kuku.

Cubalah, dan lihat keberkesanannya kepada diri anda pula. Kongsikan hasilnya di sini nanti ya!

Kekal Langsing Cara Mudah Dan Murah

 Apa yang perlu cuma mengenali kebiasaan kita dan sedikit kemahuan untuk kekal kurus dan sihat; dengan cara yang paling murah.

1. Senaman Berterusan
Badan perlu digerakkan untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke bahagian tertentu mengikut keperluan. Berjalan, skipping, regangan berterusan selama 30 minit sehari (setiap pagi) secara berterusan lebih digalakkan berbanding membuat senaman agresif yang tidak konsisten.

2. Tidur Awal
Setelah seharian bertungkus lumus, tindakan berjaga sepanjang malam adalah tindakan yang kurang cerdik. Badan berupaya membaiki sendiri setiap kali seseorang tidur malam hari, dan proses baikpulih badan selalu lebih efisien jika waktu tidur adalah sama. Tidur tidak tentu lambat laun boleh mendatangkan mudarat, jadi penting untuk kita tidur awal sebagai langkah paling mudah mengelakkan penyakit.

3. Makanan Kesihatan
Jika anda bukan seorang yang mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang, pengambilan makanan kesihatan adalah cara paling mudah mengekalkan kesihatan badan. Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit, dan jika anda tidak berselera makan sayur, kekacang dan buah-buahan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap hari waktu makan, cara paling mudah adalah makanan kesihatan. Pilihan terkini adalah yang makanan kesihatan organik berasaskan herba.

4. Berfikir Sebelum Masuk Program Kuruskan Badan
Program kuruskan badan bukannya tidak elok, namun ada alternatif lebih murah dan kekal lama untuk mendapat hasil badan yang kurus dan sihat. 

5. Makan Lebih Sayuran, Kurangkan Daging Merah, Kopi, Gula dan Garam
Agak susah diamalkan sebab bagi sesetengah orang, sayur bukan kegemaran. Namun cara paling mudah tentunya makan lebih sayuran. Kata mahu sihat, jadi kenapa perlu makan makanan memudaratkan, seterusnya telan ubat, dan kemudian masih terdesak memikirkan kesihatan diri yang terjejas sedangkan dengan amalan pemakanan yang sihat sekaligus semua risiko berkaitan masalah kesihatan diri boleh dikurangkan.

6. Jangan Tinggalkan Makan Pagi
Seseorang yang meninggalkan makan pagi majoriti akan merasa teramat lapar pada sebelah petang dan malam. Walaupun pada siang hari nampak bagus kurang makan, namun makan pada malam hari boleh mengganggu proses kebiasaan badan akibat keperluan proses pencernaan makanan tidak konsisten, menyebabkan banyak makanan disimpan sebagai lemak seterusnya menyebabkan seseorang yang meninggalkan makan pagi makan lebih banyak berbanding orang yang tidak meninggalkan makan pagi.

7. Jangan Makan Hidangan Tidak Lengkap
Badan boleh menyerap nutrien secara lebih baik jika ketiga-tiga elemen penting karbohidrat, lemak tidak tepu dan protein diambil bersama.

8. Jangan Berlapar
Makan ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda makan secara berlebihan. Seharusnya anda makan ketika baru terasa lapar, kunyah secara perlahan dan ini membolehkan anda mengawal pemakanan secara lebih baik.

9. Elakkan Tekanan
Berada dalam tekanan boleh menjadi punca risiko sakit. Elakkan sumber stress seperti berada dalam kesesakan trafik: asap kereta, bunyi hon kuat dan sebagainya, spray rambut, racun serangga dan lain-lain bahan kimia adalah memudaratkan tidak kira betapa baik gaya hidup sihat yang kita amalkan. Jangan cucuk racun dalam diri kita, walaupun secara tidak terus.

10. Selalu Basuh Tangan
Elakkan sakit dengan selalu basuh tangan. Kecuali akibat demam dan selesema, sesekali berada dalam kotoran bakteria dan patogen boleh melatih badan membina sistem imun yang lebih baik. Namun bagi seseorang yang berumur, separuh usia, kerap demam dan selesema bukan pilihan terbaik untuk menikmati cara hidup sihat.

11. Jaga Tindakan 
Tidak berbaloi jika segala perkara diatas dilaksana sebaik mungkin tetapi akhirnya anda dilanggar mati oleh bas kerana anda tidak menggunakan jejantas. Walaupun anda sihat, tidak bermakna anda kebal, jadi sentiasa jaga tindakan untuk orang tersayang.

12. Pemeriksaan Doktor Berjadual
Rasa sihat tidak bermakna anda betul-betul sihat secara dalaman. Selalulah lakukan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, kandungan kolesterol dan lain-lain secara berjadual. Contoh paling mudah: HIV bukan pembunuh, jika dikesan awal.